Pages

nak dengar klik play

Saturday, May 4, 2013

Di risik



Pada 30 march 2013, keluarga encik Bohari telah datang untuk merisik aku...hmmm first time gak keluarga kami  nihh dengan bab2 merisik2 nihh..almaklumlah sulong..tapi alhamdulillah dengan pertolongan mak cik aku yang dah berpengalaman, dier lah yang banyak membantu..masakkan lagi tuh...so merisik nihh pon xsilap aku curi2 dgr bapak dier cakap time uhh...selama ni dier dtg xde bawak harapan yang tinggi..tapi hari nihh mereka dtg sekeluarga sebab membawa hajat yang besar....huhu...so dier bg taw yang anak dier bekawan dengan aku n kalo boleh dier nak lebihkan dr berkawan huhu..

So aku n en bad rancang maybe if ader jodoh bulan 9 nih lah kot..tak pon bulan 1..itu pon lepas aku abes study.aku harap hubungan nih kekal sampai bila2..doakan yang terbaik...pesanan my father...skang family masing2 da kenal n taw.jage kelakuan n jaga name baik parents...jgn buat bukan2....hehe...



Sekarang aku nak kongsi bg yang belum berpengalaman dirisik ke kan..cuak gak wehh ape patot buat..ape patot dicakapkan ke kan....kalo xnak mcm mane nak bg taw ke kan....hehe tpzaman sekarang nihhh rasa merisik tuh masing2 dah kenal kot....

ok jom kte tgk skit merisik itu ape sebenarnyer

Dalam perkahwinan kan terdapat beberapa peringkat penting. pertama sekali adalah time peringkat merisik..bagi orang yang dah kenal rasa nyer jarang nak buat merisik2 nihh tapi bg yang xkenal sgt ke kan maybe merisik nihh penting.Adat ini juga digelar sebagai meninjau atau pon melihat...hahaha tapi orang sekarang kebanyakan org xyah meninjau kot...tapi itu cuma adat..mcm aku galakkan en.bad datang merisik supaya dier tunjukkan dier serius kan.dier pon baru kerja n aku pon study lg.so xkan dtg2 nak kahwin kan..tekejut lah parentz...setiap ibu bapa mesti nak lihat anak2 dier bahagia..senang...kann..so aku hormat ibu bapa aku, aku suruh dier dtg n cte kami nihh dah lame bekawan n tanye boleh ke die dgn aku lebih dr kawan n bertanye boleh ke sekiranye dier dtg untuk beritahu yang ingin berkahwin dengan aku time study..huhu...so xde lah parents terkejot kan..time situ lah berbincang...parentz aku cume ckp if dah cukup xkesah....

Adab ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara.yang melibatkan antara wakit keluarga teruna dan orang tua pihak dara.pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara. pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dlam membuat keputusan yang besar seperti perkahwinan. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh lelaki itu adalah masih belum berpunya. Disamping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis.lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara-mara terdekat pihak lelaki seperti ibu, atau bapa saudaranya.proses merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua2 belah pihak.

Bagi pihak si gadis terdapat beberapa kriteris yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki.antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.kemudian wakil lelaki akan memberikan cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh peminangan.

Tapi pada zaman sekarang, adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu. oleh itu dorang akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

Perkara yang dibincangkan ketika merisik:
1. pengenalan keluarga lelaki dan perempuan
2. pengenalan anak lelaki dan perempuan
3. menyatakan hasrat merisik
4.persefahaman antara kedua2 belah pihak
5.menerima atau menolak hasrat pihak lelaki.



SUKA? LIKE LAH dan COMMENT

No comments:

Post a Comment